Saturday, December 24, 2022

Reflection Essay on Usrah 1

 

Bismillahirahmanirahim.

Sejujurnya, saya amat bersyukur kerana dapat menyertai kelas usrah 1 kerana kelas ini memberi kesan yang sangat besar kepada kehidupan saya. Sejujurnya, ini kali pertama saya melanjutkan pelajaran secara berjauhan dengan keluarga saya. Kadangkala, saya agak takut dengan persekitaran kerana tidak diawasi oleh ibu bapa saya. Kewujudan kelas ini, saya dapat memperoleh pengetahuan dan mengetahui cara yang terbaik dalam menjalani kehidupan di universiti ini dan dapat memberi tunjuk ajar kepada saya supaya menjaga adab dan tatasusila dengan baik. Melalui kelas usrah ini, saya juga dapat menambah kawan baru dengan mudah.

Bagi saya, kelas usrah ini bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu pengetahuan tentang agama, malahan ia merupakan tempat untuk sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah. Kewujudan ahli-ahli usrah saya sedikit sebanyak dapat menghulurkan bantuan kepada saya apabila ditimpa kesusahan.

Pada pandangan saya, kelas usrah juga merupakan satu medium dakwah untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik. Dengan ini ia dapat meningkatkan mutu ukhuwah atau persaudaraan antara rakan sebilik, ahli keluarga, jiran tetangga dan sesiapa sahaja yang terlibat. Rasulullah SAW sendiri amat menganjurkan umatnya membina silaturahim. Sebagaimana satu riwayat, pada suatu hari, seorang lelaki daripada kabilah Khath’am datang menemui Rasulullah yang mana pada ketika itu baginda sedang dalam perjalanan bersama sahabat. Lelaki itu bertanya kepada baginda, “Ya Rasulullah, amal apakah yang paling dicintai Allah?, “Jawab baginda, “beriman kpd Allah”. Lelaki itu bertanya,”kemudian apa?” Baginda membalas, ‘menyambung silaturahim’. Kemudian lelaki itu bertanya, “amal apakah paling dibenci Allah?” baginda menjawab, “mempersekutukan Allah”. Lelaki itu bertanya lagi, “kemudian apa lagi ya Rasulullah?” Lalu baginda bersabda, ‘memutuskan silaturahim.

Melalui kelas usrah ini juga, saya dapat belajar cara untuk menenangkan diri saya apabila  mengadapi sesuatu masalah. Salah satunya ialah dengan mencari rakan terdekat untuk berkongsi atau meluahkan masalah saya. Sebelum ini, saya hanya memendam dan tidak memberitahu sesiapa bahkan kedua ibu bapa saya. Selepas melibatkan diri dalam kelas usrah, saya belajar dan mencuba untuk berkongsi masalah dengan rakan terdekat yang boleh dipercayai.

Pada akhir kelas usrah yang telah saya sertai, saya juga belajar cara untuk berkomunikasi dengan orang sekeliling. Saya juga menjadi lebih berani setelah melakukan satu lakonan di hadapan rakan usrah saya. Lakonan yang bertajuk ‘Seseorang yang Angkuh’ memberi pengajaran dan peringatan kepada saya supaya menjadi seorang yang bersyukur dan tidak lupa diri.

Kesimpulannya, jauh dari sudut hati, saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menghadiri kelas usrah 1 ini. Naqibah saya yang bernama Shakirah Norhan seorang yang baik hati dan lemah lembut membuatkan saya selesa untuk berkomunikasi dan menyuarakan pendapat saya yang terbuku dihati.

No comments:

Post a Comment

A Promise to Myself

  Setiap orang semestinya mempunyai impian dan cita-cita dalam kehidupan untuk digapai. Sewaktu kecil, cita-cita saya ingin menjadi seoran...