Saturday, December 24, 2022

letter to Stranger

 

24 December 2022

Assalamualaikum . awak apa khabar ? semoga sentiasa berada dalam keredhaan Allah swt. Ku tulis surat ini khas buat kamu yang menghadapi masalah hati, jiwa dan hidup dan menemui kegagalan berulang kali. Moga terubat jiwa mu yang gudah gulana dan moga dapat menyuntik semangat baru untuk kamu yang harapan semakin pudar.

Ingin ku petik satu kata-kata semangat dan sentiasa menyuntik semangat ketika saya menghadapi masalah, “I’ve missed more than 9,000 shots in my career. I’ve lost almost 300 games. 26 times I’ve been trusted to take the game winning shot and missed. I’ve failed over and over and over again in my life, and that is why I succeed.” —Michael Jordan. Melalui kata-kata beliau, dapat kita lihat kegagalan bukan penghalang untuk berjaya. Satu masalah yang datang perlu kita jadikannya sebagai satu ujian atau cabaran untuk berjaya. Sesungguhnya, kejayaan bukan senang untuk digapai. Kejayaan memerlukan pengorbanan dari segi masa, tenaga, mental, fizikal dan emosi.

Kamu yang sedang kecewa dan sedih, menangislah sepuasnya. Kemudian bangkit dan jadikan kesilapan lalu sebagai sejarah yang takkan kamu ulangi. Setiap masalah ada jalan penyeleaiannya. Allah memberi ujian kepada hambanya kerana dia tahu kemampuan hambanya.  Allah maha penyayang lagi maha mengetahui.

Kamu yang sedang membaca suratku ini dalam posisi kesedihan, mesej ini ku tujukan buatmu. Bangkitlah demi melakar sejarah hidup. Kamu mencorakkan dan mengawal kehidupan kamu. Sesungguhnya, dunia bukan tempat untuk berehat, malah dunia tempat untuk menguji keimanan, taqwa dan sebagainya. Jika marah, beristigfarlah, jika gemar mengumpat, bukankah berzikir itu lebih baik? , jika gembira, bersyukurlah kepada sang pencipta. Allah memberi petunjuk dan peraturan melalui al-quran. Maka, rujuklah al-quran jika kamu mempunyai masalah, berbalik semula kepada pencipta kita.

  “Smart people learn from everything and everyone, average people from their experiences, stupid people already have all the answers.” —Socrates. Ujian dan kegagalan jadikan pengalaman. Sepertimana yang dikatakan oleh Socrates, belajarlah dari pengalaman. Jadikan peringatan agar sejarah tidak berulang. Bukan mudah untuk mudah, bukan susah untuk susah. Kegagalan yang berterusan membuat kita semakin berani dan bijak dalam menghadapi rintangan yang mendatang. Ingatlah, orang yang gagal mempunyai seribu alasan, tetapi kosong tindakan.

Jangan risau, jangan kawatir, jangan mengeluh. Sedikit ku titipkan nasihat dan peringatan buat diriku dan buat kamu yang sedang membaca surat ku ini, mahupun yang sedang berduka atau gembira. Jika sedih kembalilah kepada pencipta, jika gembira bersujudlah kepada sang pencipta. Hidup seperti roda. Kadang kamu di atas, kadang kamu di bawah. Jangan angkuh, jangan sombong. Allah maha adil lagi maha mengasih. Setiap pertemuan pasti adanya perakhiran. Dunia hanya sementara, akhirat selamanya. Jika jatuh, bangkitlah wahai hamba Allah. Ingatlah, kehidupan tidak akan pernah berubah menjadi lebih baik jika kita hanya berharap, tetapi tiada usaha, tawakal dan tindakan.

Menasihati bukan bermakna seseorang itu alim, tetapi menasihati kerana kasih dan sayang. Setakat di sini sahaja penulisanku buat mu. Semoga coretanku ini dapat memberi pedoman dan semangat baru dalam kehidupan. Sekian. 

 

Yang benar,

Syaza Diyana  

No comments:

Post a Comment

A Promise to Myself

  Setiap orang semestinya mempunyai impian dan cita-cita dalam kehidupan untuk digapai. Sewaktu kecil, cita-cita saya ingin menjadi seoran...